Monday, 1 July 2013

Tamatlah Sudah~~

Assalamualaikum dan Hai Hai Hai semua~~~

Dah lama aku x menaip nie.. Last aku menaip kalau tak silap,, bulan 3 ari tu.. Bukan tak mau taip,, cuma perasaan malas menguasai diri.. Lagipun,, I don’t know what I’m gonna tell about my life’s story~~ Ceh! Bajet ja aku nie..
Bila bab malas menguasai diri,, semua benda yg terjadi disekeliling kau pun,, aku malas nak amik tau! Haih,, memang bahaya la aku nie!

Yang paling BAHAYA nya,, aku malas sangat nak study! Walaupun aku sedaq yang aku nak FINAL dah time tu! Serius weyh,, aku dah wat macam-macam tuk bagi aku rajin study! TAPI,, mood nak study tu still xdak!! Aku xtau kenapa… Bila aku cakap kt sebilangan kawan aku yang aku nie MALAS gila nak study,, depa cakap kat aku “Alaaaa.. Ang dah pandai. Tak study banyak pun tak pa dah..”

Aku TAK SUKA weyh! Memang aku suka bila depa puji aku macam tu sebab itu satu DOA! Tapi,, masalahnya,, kalau depa semua dok ulang ayat tu kat aku banyak kali,, seriously aku cakap,, kita akan LUPA DIRI! Tu yang aku TAKUTKAN!! Aku TAK MAU jadi RIAK! Aku TAK MAU TERLEKA!
Tapi,, akhirnya,, aku TERLEKA juga dengan HAL DUNIAWI nie.. Aku terlalu ikutkan NAFSU aku… Aku tewas weyh.. Walaupun aku tengah STUDY WEEK tuk FINAL,, aku tetap TAK FOKUSKAN diri aku dengan untuk BERJUANG dalam study aku… Last-last,, esok tu nak exam,, baru aku pulun nak study semua.. YA ALLAH,, betapa menyesalnya aku time tu…

SERIUS! Aku MENYESAL SANGAT time tu… Tapi,, aku TAK BOLEH nak PATAH BALIK dah! Aku kena teruskan jugak even aku rasa time tu macam nak putus asa… Time tu la baru aku nak ingat segala PENGORBANAN MAK & ABAH aku.. Depa la kekuatan aku time aku tengah KECEWA! Aku usaha jugak tuk fokuskan diri aku walaupun aku tak pasti sama ada aku mampu jawab ka dak exam esoknya.. Yang aku mampu,, hanya BERTAWAKAL kepada ALLAH yang aku mampu jawab dengan tenang walaupun aku xpasti sama ada jawapan tu betul ka dak..

Dan,, sekarang nie,, aku dah habih exam dah.. Aku tak tau nak cakap apa… Kalau aku tengok semua reaksi kawan aku,, depa semua HAPPY sebab exam dah HABIH! Tapi,, aku tak rasa happy! Sebab apa?? Sebab,, aku risaukan result aku! YA ALLAH,, betapa risaunya aku… Macam mana dengan result aku? Kalau result aku teruk,, aku akan kecewakan mak ngan abha aku.. Yang PALING aku sedih,, kalau ABAH aku KECEWA ngan aku! PENGORBANAN abah aku terlalu BANYAK! ABAH aku sentiasa bekerja keras tuk cari duit supaya anak-anak dia mampu BELAJAR DENGAN SELESA!

Tapi,, apa yang aku buat??? Aku terlalu leka dengan keseronokan sampai terlupa semua PENGORBANAN MAK NGAN ABAH AKU! Bila aku nak EXAM,, baru aku nak INGAT semua PENGORBANAN depa.. Bagi aku,, semua dah terlambat sebab aku tak mampu nak perbetulkan semua kekhilafan aku tu.. Tapi,, aku tahu,, tak da gunanya kalau aku terlalu kenang balik semua perkara yang dah lepas… Yang penting,, BERTAWAKAL kepada ALLAH semoga aku kuat sepanjang aku menghadapi FINAL EXAM..

Bila aku dah sampai rumah,, aku sembang-sembang kosong ngan mak & abah aku… SERIOUSLY,, aku TAK SANGGUP nak cakap pasai EXAM aku mcm mana.. Tapi,, hati aku TERSENTAP bila abah cakap kat aku,, “Kalau abah asyik dok fikir tentang risiko yang akan berlaku time abah wat keja kat bendang tuh,, angah ngan along TAK KAN BOLEH STUDY KAT UNIVERSITI tau..”  Ya ALLAH,, sedih sangat aku dengaq abah aku cakap mcm tu…

Tapi,, aku tetap bersyukur kepada-Mu YA ALLAH… Sekurang-kurangnya,, aku mampu lagi berjuang tuk semester yang seterusnya… Semoga aku tak mengulangi semua kealpaan aku nie lagi… Semoga sepanjang cuti semester nie aku mampu mencari balik diri aku yang sebelum ini… Diri aku yang sentiasa bersemangat dan sentiasa ingat PENGORBANAN mak & abah aku..

Roommate aku kat matrik cakap,, dulu time aku exam,, aku sentiasa dok kat meja study dan sentiasa bukak buku.. Dan sentiasa fokus dengan ‘AIM’ aku.. So,, sekarang nie,, aku harap,, semangat tu akan ada balik tuk semester yang akan datang dan semester-semester yang seterusnya..

Aku perlu jugak pasang balik niat aku yang satu tu! Niat aku sepanjang menjalani kehidupan aku sebagai seorang pelajar,, adalah semata-mata kerana ALLAH.. Abah aku jugak cakap kat aku,, “Kalau kita TAK AMANAH dalam menjalankan tanggungjawab kita sepanjang perjalanan hidup kita (tak kira la kita keja ka,, belajaq ka) maknanya,, kita TAK SAYANG dengan diri kita..”

Kepada semua sahabat-sahabat aku yang baca blog aku nie,, aku harap,, hampa semua tolong doakan tuk aku supaya aku dapat fokuskan balik niat yang sebenar aku nie.. Aku nak fokuskan diri aku dalam pelajaran aku dan semua perbuatan yang aku buat sepanjang aku menjadi  pelajar nie adalah semata-mata kerana Allah..


>>>>MAY ALLAH BLESS ALL OF US! INSYAALLAH<<<<

Tuesday, 12 March 2013

Teluk Batik~~ pantai!!

Assalamualaikum dan Hai Hai Hai semua... :)

9 March ari tuh (a day after my birthday),, aku ikut mak and adik aku p Teluk Batik... actually,, pak lang aku tempah bas and buat rombongan p sana... agak excited jgak la sebab dapat main air laut kan.... tapi,, adik aku lagi excited! besa la dia jarang main air laut... hahaha


okkkk.... aku xtahu nak explain cena psai muka adik aku nie.. haha >.<

kami keluaq dari umah dlm pkui 7 lebih and tunggu bas datang kat bus stop depan taman aku.


bus stop time aku tggu bas.. motif aku amik gmbaq nie adalah,, aku sangat suka tgkap gambaq matahari!


dari Aloq Setaq p Teluk Batik amik masa lama gak ar sebab kami selalu berenti kat R&R.... sampai sana aku tak pasti pukul berapa sebab time kami semua sampai sana,, aku muntah!! waaaa... aku tak expect nak muntah langsung! nasib bek muntah sikit ja.... sebab muntah adalah perut aku kosong and makan benda merapu time dalam bas~~~ hahaha :P


nie gambaq yang aku tangkap lepas kami semua sampai kat Teluk Batik..


sampai-sampai tuh,, kami semua pakat terpa bukak semua bekalan makanan yang kami bawak... isi perut time! haha... cuma,, adik aku ja yang tak excited nak makan.. dia dok kalut nak mandi laut dah nuh... siap mintak duit kat mak aku nak sewa pelampung... adehhh... nseb bek aku time tuh dok pening lalat gih... kalau tak,, memang aku berleteq la... haha

lepas habih makan tuh,, tiba-tiba pak lang aku ajak nek bot... errrrrrr... mula-mula tuh macam malas ja... tapi,, bila pikiq balik,, bukan selalu aku nak bercuti macam nih... so,, aku ikut ja la....

tapi....... seriously aku cakap, menyesal gila aku nek bot!! pening kepala aku datang kembali!!!! aduhhhh~~~ nasib bek la aku tak muntah... sedih sungguh... sampai aku cakap kat mak aku,, "Angah tak mo p Langkawi or mana-mana pulau yang ada kat dunia nih.. Tak tahan nak biaq diri nie rasa nak muntah segala.... Perit tekak!!!"

tapi, dalam dok pening tuh,, dan jugak aku tangkap gambaq time dok atas bot! haha


gedik jugak bdak nih nak ikut nek bot.. p main pelampung nuh... haha




nie la pak lang aku... pak lang siap pakai baju Teluk Batik nuh... haha


pak nelayan sedang tengok hasil tangkapan ketam dia...


terasa keseronokan di situ!! :)


aku ngan mak... [knapa aku senyum terlebih sangat tuh? kata pening? T.T]

lepas nek bot tuh sesi tangkap gambar kanak-kanak rebina mandi laut bermula!! [aku tak mandi pun... malas!]



eh eh... tersnap plak gmbaq orang nih.. lawak la pulak tengok gambaq nih... hahaha :P




sekawan + sepupu... huh??? :)


pak lang aku main air laut jugak~~~ ;)


nie bukti aku main air laut jgak~~~ haha


makin gelap la ampa semua nie~~~ T.T


lepas sesi bergambaq and main air laut,,, aku ajak mak aku berteduh di bawah pokok nyioq a.k.a kelapa... betapa teduhnya di situ.... hahaha... 

time berteduh tuh,,, secara kebetulan nampak baby comeyyyy~~~ so,, mak aku pun excited la nak pegang baby tuh... termasuk skali ngan aku!! haha..






alolololo... pandainya baby tu posing~~~ >.<

gambaq bawah nie plak,,, semua kanak-kanak rebina pakat kalut cari makanan gara-gara letih mandi lama sangat... hahaha




Lepas pi Teluk Batik,,, kami singgah kat Lumut pulak... Kat sana banyak souvenir ngan baju ja...  Tak dak pa yang menarik pun sebab aku tak suka shopping! haha


tingin nak beli topi nie,, tapi,, rasa cam membazir la plak~~~ so,, aku xbeli.

And lastly,,, aku sempat beli buah tangan kat kawan-kawan aku... aku xtau murah ka dak... kalau beli 4,, harganya RM 10. ok la kut? haha


----THE END---- :)


Tuesday, 5 March 2013

happy birthday HR 05 Mrsm KuPa Batch 3!!! :)

Assalamualaikum :)

Hmmmm. Hari nie 5 Mac 2013 merupakan hari lahir abang long kami bagi keluarga HR 05 Batch 3. :)

.....Dan, hari ini telah bermulalah sambutan hari lahir yang ke 20 buat kami semua ahli keluarga HR 05!! Wahhhh!!! Cepatnya masa berlalu. Kiranya dah besaq la kami semua [tapi,, xtau la matang ka dak :p]

Happy birthday ya sahabat-sahabatku @ adik beradik 'angkat'.. :)

Walaupun kita xrapat sangat, tapi, aku hargai hubungan 'keluarga angkat' ini.[mybe masih ada lagi yg rapat sampai skang]. Ya, betoi! Sejujurnya aku memang xrapat dengan ahli HR 05. Aku xpasti kenapa. Mungkin aku nie terlalu diam sangat dan suka wat keja senirik... HA HA HA. Pity me!! :P

Tapi, aku rapat jugak dengan Hanim ngan pakcik yg sorang tuh. HaHa. Depa dua (ahli Homeroom aku) la yang aku selalu rapat pun time aku studi kat MRSM KuPa tuh.

Walaupun aku xrapat sangat ngan depa semua, xsemestinya aku xda kenangan ngan depa semua.[tapi, xbanyak la] HA HA HA :P

Apa-apa pun, Selamat Hari Lahir buat semua ahli Homeroom 05 Batch 3 MRSM Kubang Pasu. May Allah bless us n aku harap all of us can achieve our dreams in our life. Semoga kehidupan kita sentiasa dipermudahkan Allah SWT, bahagia di dunia dan di akhirat, and lastly, semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan NYA. In shaa ALLAH. :)

okay! nie kek yang aku google tadi. Sori, aku xdapat nak bagi kek yg real. HaHa. Aku dah pokai. >.<


----THE END----

***08/03/2013 nie birthday aku ngan my twin! Dah tua dah aku. >.<
Sapa yang igt birthday aku nie memang aku terharu la! HA HA HA

Tuesday, 12 February 2013

Aktiviti!! :)


Assalamualaikum… :)
Sekarang nie dah tahun 2013… dan,, umur aku pun dah masuk angka DUA kat depan.. HAHAHA… time 1st  jan 2013 tuh,, kebanyakan bdak yg sama umo ngan aku,, suma pakat dok update status depa kat gedebuk (I mean,, FACEBOOK :P) yang depa sayang nak tinggai zaman angka SATU kat depan tuh… aku pulakkk ---> “Aku xkisah umoq aku dah masuk 20 pun. Asalkan hidup aku hepi-hepi ja ngan family aku,, kawan-kawan aku n pngajian aku. Hidup mesti diteruskan. Kenapa aku perlu bersedih or rasa sayang nak tinggai zaman angka SATU tuh? Bila umo kita meningkat, in shaa Allah, kita akan lebih matang dalam membuat keputusan kan? Kalau kita rasa sayang nak tinggai zaman angka SATU tuh, maksudnya nanti kita xleyh feel la memori yang berlaku kat kita pada masa akan datang kan? HOHOHO” [aku melalut apa nih ==”]
Sekarang nih aku nak cerita aktiviti yang aku buat sebelum berakhirnya tahun 2012~~~ :)
Aktiviti yang aku buat sebelum aku final exam adalah aku pi Pondok Inabah I Malaysia, Kuala Nerang... kelab PEMADAM yang wat program tuh... aku pun dapat tau program tuh last minit... dah rumate aku ajak,, aku p ja lah...
Apa tuh Pondok Inabah??? Mesti ramai yang jarang dengaq kan??? Pondok Inabah nie salah satu jabatan NGO yang membantu penagih/bekas penagih tuk kembali ke pangkal jalan... kat sana,, depa panggil penagih/bekas penagih tuh ‘anak bina’... kat sana,, kami dapat tau aktiviti apa yang selalu depa buat... yang aku terkejut tuh,, anak bina kat sini bangun pkul 3 PAGI tuk wat mandi taubat,,, solat-solat sunat sampai la solat subuh... pastuh,, depa ada kuliah pulak... aku kagum gila ngan depa... kalau aku,,, mesti dah tersengguk-sengguk time dengaq kuliah,, or maybe aku tertidoq time solat-solat sunat tuh...
serius aku rasa betapa kerdilnya aku kalau nak dibandingkan dengan depa... walaupun sebelum nie depa memang membuat kesalahan yang amat berat,, sekurang-kurangnya depa nak berubah jugak kan??? Tapi,, aku nie yang tak pernah sentuh benda-benda khayal tuh,, tapi wat kesalahan-kesalahan yang kecil[bila kesalahan kecil tu makin banyak,, sudah tentu dosa kita pun banyak kan??] daripada kesalahan depa tuh,, xpernah nak berubah... aku ada terpikir nak berubah,, tapiiiii.......................................
Tapi,, memang x sia-sia aku p... sebab,, kat sana aku rasa tenang gila... rasa sejuk ja kat sana... kami jgak sempat sembang dengan anak bina-anak bina kat sana... dan aku tengok,, depa memang betoi-betoi nak berubah... aku berdoa semoga depa kuatkan semangat depa untuk berubah dan semoga Allah sentiasa memberkati segala perubahan yang depa lakukan. In shaa Allah...
DAN,,, makanan yang depa sediakan memang sedap gila... J bila aku makan nasi lemak yang depa sediakan tuh,,, aku rasa macam aku balik ke zaman sebelum aku masuk sekolah menengah weyh... serius xtipu!! Nasi lemak yang depa sediakan tuh,, SEDAP SANGAT!!! Sampai sekarang aku terliur weyh... sebab apa aku terliur??? Sebab,, nasi lemak sekarang nih xsama macam nasi lemak dulu... memang susah gila aku nak cari nasi lemak yang boleh bagi aku rasa nak tambah banyak kali... kadang-kadang tuh aku rasa macam nak pi sana balik sebab nak makan nasi lemak tuh... HAHAHA :p

 

See,, nasi lemak nie yang bagi aku terliur sangat nih

Lepas habih program kat sana,, kami lunch kat PEKAN RABU... HAHAHA... xda pa yang menarik pun sebab,, aku xsempat nak borong n aku pun selalu jgak p pekan rabu... so,, aku dah tau sangat kedai-kedai yang ada kat sana... jadi,, aku xkisah la kalau xborong pun... hahaha :P


Semua nih gambaq yg aku sempat tangkap :
  

SEDAPPPP~~~


Time nie tgh tggu bas nak balik USM :)

   

 Sempat berposing dengan bas baru~~~ HAHA



---- THE END ----

#kalau nak tau lebih lanjut psai Pondok Inabah tuh,, sila google  :)