Assalamualaikum dan
Hai Hai Hai semua~~~
Dah lama aku x menaip
nie.. Last aku menaip kalau tak silap,, bulan 3 ari tu.. Bukan tak mau taip,,
cuma perasaan malas menguasai diri.. Lagipun,, I don’t know what I’m gonna tell
about my life’s story~~ Ceh! Bajet ja aku nie..
Bila bab malas
menguasai diri,, semua benda yg terjadi disekeliling kau pun,, aku malas nak
amik tau! Haih,, memang bahaya la aku nie!
Yang paling BAHAYA
nya,, aku malas sangat nak study! Walaupun aku sedaq yang aku nak FINAL dah
time tu! Serius weyh,, aku dah wat macam-macam tuk bagi aku rajin study! TAPI,,
mood nak study tu still xdak!! Aku xtau kenapa… Bila aku cakap kt sebilangan
kawan aku yang aku nie MALAS gila nak study,, depa cakap kat aku “Alaaaa.. Ang
dah pandai. Tak study banyak pun tak pa dah..”
Aku TAK SUKA weyh!
Memang aku suka bila depa puji aku macam tu sebab itu satu DOA! Tapi,,
masalahnya,, kalau depa semua dok ulang ayat tu kat aku banyak kali,, seriously
aku cakap,, kita akan LUPA DIRI! Tu yang aku TAKUTKAN!! Aku TAK MAU jadi RIAK!
Aku TAK MAU TERLEKA!
Tapi,, akhirnya,, aku
TERLEKA juga dengan HAL DUNIAWI nie.. Aku terlalu ikutkan NAFSU aku… Aku tewas
weyh.. Walaupun aku tengah STUDY WEEK tuk FINAL,, aku tetap TAK FOKUSKAN diri
aku dengan untuk BERJUANG dalam study aku… Last-last,, esok tu nak exam,, baru
aku pulun nak study semua.. YA ALLAH,, betapa menyesalnya aku time tu…
SERIUS! Aku MENYESAL
SANGAT time tu… Tapi,, aku TAK BOLEH nak PATAH BALIK dah! Aku kena teruskan
jugak even aku rasa time tu macam nak putus asa… Time tu la baru aku nak ingat
segala PENGORBANAN MAK & ABAH aku.. Depa la kekuatan aku time aku tengah
KECEWA! Aku usaha jugak tuk fokuskan diri aku walaupun aku tak pasti sama ada
aku mampu jawab ka dak exam esoknya.. Yang aku mampu,, hanya BERTAWAKAL kepada
ALLAH yang aku mampu jawab dengan tenang walaupun aku xpasti sama ada jawapan
tu betul ka dak..
Dan,, sekarang nie,,
aku dah habih exam dah.. Aku tak tau nak cakap apa… Kalau aku tengok semua
reaksi kawan aku,, depa semua HAPPY sebab exam dah HABIH! Tapi,, aku tak rasa
happy! Sebab apa?? Sebab,, aku risaukan result aku! YA ALLAH,, betapa risaunya
aku… Macam mana dengan result aku? Kalau result aku teruk,, aku akan kecewakan
mak ngan abha aku.. Yang PALING aku sedih,, kalau ABAH aku KECEWA ngan aku!
PENGORBANAN abah aku terlalu BANYAK! ABAH aku sentiasa bekerja keras tuk cari
duit supaya anak-anak dia mampu BELAJAR DENGAN SELESA!
Tapi,, apa yang aku
buat??? Aku terlalu leka dengan keseronokan sampai terlupa semua PENGORBANAN
MAK NGAN ABAH AKU! Bila aku nak EXAM,, baru aku nak INGAT semua PENGORBANAN
depa.. Bagi aku,, semua dah terlambat sebab aku tak mampu nak perbetulkan semua
kekhilafan aku tu.. Tapi,, aku tahu,, tak da gunanya kalau aku terlalu kenang
balik semua perkara yang dah lepas… Yang penting,, BERTAWAKAL kepada ALLAH
semoga aku kuat sepanjang aku menghadapi FINAL EXAM..
Bila aku dah sampai
rumah,, aku sembang-sembang kosong ngan mak & abah aku… SERIOUSLY,, aku TAK
SANGGUP nak cakap pasai EXAM aku mcm mana.. Tapi,, hati aku TERSENTAP bila abah
cakap kat aku,, “Kalau
abah asyik dok fikir tentang risiko yang akan berlaku time abah wat keja kat
bendang tuh,, angah ngan along TAK KAN BOLEH STUDY KAT UNIVERSITI tau..”
Ya ALLAH,, sedih sangat aku dengaq abah
aku cakap mcm tu…
Tapi,, aku tetap
bersyukur kepada-Mu YA ALLAH… Sekurang-kurangnya,, aku mampu lagi berjuang tuk
semester yang seterusnya… Semoga aku tak mengulangi semua kealpaan aku nie
lagi… Semoga sepanjang cuti semester nie aku mampu mencari balik diri aku yang
sebelum ini… Diri aku yang sentiasa bersemangat dan sentiasa ingat PENGORBANAN
mak & abah aku..
Roommate aku kat
matrik cakap,, dulu time aku exam,, aku sentiasa dok kat meja study dan
sentiasa bukak buku.. Dan sentiasa fokus dengan ‘AIM’ aku.. So,, sekarang nie,,
aku harap,, semangat tu akan ada balik tuk semester yang akan datang dan
semester-semester yang seterusnya..
Aku perlu jugak
pasang balik niat aku yang satu tu! Niat aku sepanjang menjalani kehidupan aku
sebagai seorang pelajar,, adalah semata-mata kerana ALLAH.. Abah aku jugak
cakap kat aku,, “Kalau kita TAK AMANAH dalam menjalankan tanggungjawab kita
sepanjang perjalanan hidup kita (tak kira la kita keja ka,, belajaq ka)
maknanya,, kita TAK SAYANG dengan diri kita..”
Kepada semua
sahabat-sahabat aku yang baca blog aku nie,, aku harap,, hampa semua tolong
doakan tuk aku supaya aku dapat fokuskan balik niat yang sebenar aku nie.. Aku
nak fokuskan diri aku dalam pelajaran aku dan semua perbuatan yang aku buat
sepanjang aku menjadi pelajar nie adalah
semata-mata kerana Allah..
>>>>MAY
ALLAH BLESS ALL OF US! INSYAALLAH<<<<